27 Februari 2017 - 14:37
Lebih 100 Batu Nisan Yahudi Dirosakkan

Polis Amerika Syarikat (AS) hari ini berkata, lebih 100 batu nisan dirosakkan di tanah perkuburan Yahudi di Philadelphia, kurang seminggu selepas vandalisme sama berlaku di Missouri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Polis Amerika Syarikat (AS) hari ini berkata, lebih 100 batu nisan dirosakkan di tanah perkuburan Yahudi di Philadelphia, kurang seminggu selepas vandalisme sama berlaku di Missouri.

Polis berkata, seorang lelaki yang melawat tanah perkuburan itu menghubungi polis pada jam 9.40 pagi melaporkan tiga daripada batu nisan saudaranya ditumbangkan dan rosak.

Pegawai mendapati kira-kira 100 batu nisan lain turut ditumbangkan, dipercayai dilakukan malam kelmarin. Siasatan jenayah vandalisme kini dibuka.

Dalam kejadian berkaitan, kurang seminggu lalu, hampir 200 batu nisan rosak dan tumbang di tanah perkuburan Persatuan Chesed Shel Emeth di pinggir bandar St Louis dekat University City di Missouri.

Menurut Persatuan Pusat Komuniti Yahudi, tahun ini saja, 54 pusat komuniti itu di 27 negeri menerima berpuluh ancaman bom, Rumah Putih mengecam siri ancaman yang dibuat terhadap pusat-pusat komuniti Yahudi di seluruh negara. - Xinhua